Madah Dari Hukama’:
- Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik. Kerana kecerdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.
- Menasihati orang yang bersalah, tidak salah, yang salah memikirkan kesalahan orang.
- Kala orang menghina kita, bukan kita terhina. Yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
Belajar daripada orang lain…
Saudara sekalian,
Selepas kejutan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, orang-orang Melayu di negara ini, mula kelihatan seolah-olah bimbang dan takut. Takut dengan apa yang akan menimpa nasib mereka di kemudian hari. Lantaran itu, satu kongres telah diadakan di Johor Bharu. Kongres itu dinamakan Kongres Permuafakatan Melayu. Hampir 200 buah Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) Melayu menghantar wakil dalam kongres itu menjadikannya sebagai perhimpunan NGO Melayu yang terbesar pernah dianjurkan mutakhir ini.
Satu persoalan di sini, mengapa apabila masyarakat Melayu menerima yang dianggap kejutan terbesar bagi masyarakat Melayu, terutama bagi pemimpin-pemimpin yang diangkat oleh orang Melayu, barulah diadakan kongres besar-besaran tersebut? Mengapa hendak tunggu satu masalah timbul, barulah dicari jalan penyelesaiannya? Terbukti di sini, bahawa masyarakat Melayu ini adalah masyarakat reaktif iaitu hanya mahu melakukan perubahan apabila adanya kejutan.
Mengapa orang-orang Melayu tidak mahu belajar daripada masyarakat Cina sebagai contoh? Mereka telah lama menjadikan empat entiti yang menentukan masa depan mereka iaitu, Persatuan Pendidikan Cina, Dewan Perniagaan Cina, akhbar Cina, dan jaringan Cina seberang laut. Mereka sentiasa mengadakan pelbagai kongres dan persidangan sebagai tempat ahli-ahlinya menyuarakan masalah-masalah dan pandangan-pandangan mereka. Sepatutnya orang-orang Melayu pun begitu juga. Perlu jadikan keempat-empat entiti tersebut sebagai “tempat” untuk masyarakat Melayu terus maju dan juga sebagai badan pendesak jika berlaku sesuatu perubahan yang dilakukan kerajaan.
Bukan saya ingin menyatakan bahawa politik itu tidak penting, tetapi kebanyakan pemimpin-pemimpin Melayu terutamanya daripada UMNO sudah lari daripada tanggungjawab sebenar mereka iaitu membela nasib rakyat. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah berbeza. 50 tahun merdeka, tetapi nasib orang-orang Melayu masih tidak terbela secara optimum. Kerana apa? Kerana mereka hanya tahu mengadakan dan menubuhkan undang-undang dan dasar, tetapi tidak tahu untuk melaksanakannya dengan baik. Kebanyakan pemimpin UMNO hanya tahu melaung-laungkan “Membela Perjuangan Melayu” tetapi tidak tahu menyelesaikan masalah yang berakar umbi dalam parti mereka seperti rasuah, salah guna kuasa, dan menyekat kebebasan bersuara.
-
Archives
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS